paparan

Khamis, 18 November 2010

MARI BUAT COKLAT

Saya seorang yang gemar memakan coklat.  Pelbagai jenama yang bertanda halal akan saya beli dan saya akan memakannya semasa saya sedang berehat menonton televisyen atau bersantai di tepi sungai atau di mana jua.  Adik saya juga sering membeli coklat apabila ia pergi ke luar negeri dan akan memberi coklat yang dibelinya kepada kami adik beradik sebagai buah tangan.  Saya juga pernah membeli coklat di Hungary tetapi adik saya menasihati saya agar tidak memakannya kerana terdapat kandungan lemak binatang dan tidak pasti binatang apa di dalamnya.  Dengan berat hati aku telah memberikan coklat tersebut kepada kawanku yang bukan muslim.

Pada suatu hari kawan saya Rosilawati Yusof menunjukkan coklat buatan kawan kami Kak Alijah dan memberi kepada  saya sedikit untuk merasai coklat buatan Kak Alijah.  Hmmm sedap juga...tak cukup pula.  Tapi apa kan daya, coklatnya pun sedikit sahaja setelah dipotong-potong dan diagihkan kepada kawan-kawan yang lain.

Apabila saya terdengar Kak Alijah akan mengadakan kelas membuat coklat, saya begitu teruja untuk mengetahui bagaimana untuk membuatnya.  Saya dimaklumkan untuk menghadiri kelas membuat coklat, bayarannya mencecah beratus-ratus ringgit.  Oleh yang demikian, apabila Kak Alijah hendak mengadakan kelas membuat coklat dengan  bayaran RM50.00 seorang di bawah anjuran PUSPANITA DBP dengan tidak bertangguh lagi, saya terus memberi nama dan membuat bayaran agar nama saya termasuk dalam kelas tersebut.

Kelas itu  memberikan cara membuat coklat yang asas sahaja.  Rupa-rupanya begitu mudah untuk membuat coklat. 

Peralatan yang digunakan:
Pemanas air (Cerek atau apa juga yang boleh memanaskan air)
Mangkok stainless steel (mangkuk yang selalu digunakan oleh orang India)
Senduk plastik atau kayu
Pisau.
lapik pemotong.
Acuan coklat (mengikut suka)
Slow Cooker/Warmer


Kak Alijah tengah memotong paper beg



Bahan:
Bar Coklat (jenama Baryl's)
Badam
walnut



Inilah bar coklat yang kami guna.  Jangan lupa covernya warna oren.
 
Cara Membuatnya:
1. Potong bar coklat kecil-kecil agar mudah dicairkan. Gunakan pelapik pemotong yang khas dan elakkan pelapik pemotong yang pernah digunakan untuk memotong ikan (Nanti berbau hanyir pula).  Terpulang kepada anda untuk memotong berapa bar mengikut jumlah yang dikehendaki. (Untuk menjimatkan masa, jerang air panas sebelum memotong bar coklat).



Zakiah sedang memotong bar coklat. Jari sampai melecet kerana berlumba-lumba dengan kumpulan lain siapa yang lebih cepat.  Kelas masakan pun nak berlumba.

 
2.  Masukkan kepingan kecil coklat yang telah dipotong ke dalam mangkok stainless steel. 
3.  Ambil air panas yang baru sahaja menggelegak dan masukkan ke dalam mangkok pemanas. 
4.  Letakkan mangkok yang berisi coklat di atas mangkok pemanas agar kepingan coklat cair.  Kacau perlahan-lahan sehingga kepingan coklat cair.
5. Masukkan coklat cair tadi ke dalam paper bag. Jangan terlalu banyak.  Potong di hujung paper bag untuk mengeluarkan coklat yang cair tadi.



Nasi Arab Kabsah Ayam

  Hari ni nak kongsi nasi arab kabsah ayam yang saya sudah cuba beberapa kali.   Sebelum saya mencuba untuk membuatnya, terlebih dahulu saya...