Bila nak buat blog tentang bihun goreng ni dah kelirulah pulak tentang tajuk. Sebab ada yang kata Bihun Goreng dan ada yang panggil Mihun Goreng. Makanya saya letakkan dua-dua nama ini sebab bendanya sama saja. Suami kata masakan Bihun Goreng saya sedap dari makan di kedai. Tapi saya rasa sama saja, mungkin kita boleh letakkan pelbagai bahan supaya ia sedap dan lebih variasi. Saya juga mempelbagaikan bahannya mengikut bahan apa yang ada dalam stok.
Bahan yang diperlukan
1 bungkus Bihun - direndam dengan air sehingga lembut dan toskan
Udang saiz sedang - 10 ekor (ikut suka jika yang suka udang boleh letakkan lebih)
Sotong 2 ekor - saiz sederhana (dipotong kecil)
Daging - potong nipis supaya mudah empuk (terpulang pada anda mengikut kuantiti bihun)
Bebola ikan/kek ikan
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
Cili kering kisar 4 sudu besar (jika tiada boleh saja beli cili kisar yang dijual)
Sos cili - 2 sudu besar
Sos tomato - 3 sudu
Sos tiram - 1 sudu
Sos kicap manis - 2 sudu
Sedikit garam, gula dan perisa (ikut rasa masing-masing)
Minyak masak 5 sudu besar (Ikut jumlah bihun anda)
Bihun direndam sehingga lembut |
Bihun ditos selepas lembut direndam |
Daging dihiris nipis |
Udang basah saiz sederhana |
Sayur sawi |
Taugeh |
Bawang merah/bawang besar/bawang putih dihiris halus |
Cili kering yang dikisar |
Tambah taugeh |
Hidang dalam bekas yang mudah diambil |
Hias dengan daun bawang dan daun sup untuk menaikkan aroma |