paparan

Memaparkan catatan dengan label mee rebus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee rebus. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Julai 2021

Mee Rebus

Kali ni saya nak kongsi resepi Mee Rebus yang telah saya buat berkali-kali.   Saya suka sebab kuahnya yang pekat dan rasanya yang agak manis kerana mengandungi ubi keledek.

Bahan Untuk Kuah

300 g daging lembu dan 300 g tulang lembu (jika  tiada tulang pun boleh je tapi lebihkan daging lembu) - 

Udang kering - direndam dalam 10 minit supaya lembut.

Bawang besar 2 biji

Bawang putih - 6 ulas

Halia 2 cm

Lengkuas 2 cm

Serbuk kari daging - 3 sudu

Cili kering yang telah dikisar - 3 sudu

500 - 700g keledek kuning - direbus hingga empuk

Serai 2 batang diketuk

Air - 4 gelas (terpulang mengikut kuantiti daging

Minyak masak secukupnya untuk tumisan.

Garam dan perisa secukup rasa.


Untuk Hiasan

Mee Kuning 1 bungkus

Sayur sawi - dicelur

Tauge - 3 genggam

Tahu - 4 keping (Digoreng dan dipotong dadu

Telur ayam (direbus)

Limau kasturi

Daun bawang + daun sup

Bawang goreng


Caranya

1.  Daging dipotong besar-besar supaya mudah dihiris nanti. Rebus sehingga empuk Tos dan simpan air rebusan daging dan tulang,  Apabila telah empuk dagingnya dihiris nipis-nipis.

2.  Keledek yang  telah empuk dibuang kulitnya dan dikisar sehingga halus dan lembut dengan udang kering/  Asingkan.

3.   Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dikisar halus. Asingkan.

4.   Panaskan minyak dalam bekas yang besar sebab nak buah kuah mee.   Masukkan bahan yang dikisar bawang merah,  bawang putih, halia dan lengkuas sehingga naik baunya.

5.   Masukkan serai dan seterusnya masukkan cili kisar dan serbuk kari.  Gaul sehingga rata.  

6.   Masukkan daging dan tulang bersama air rebusan.  Kacau sehingga rata.  Jika airnya sedikit tambah lagi sehingga air sehingga menutupi daging dan tulang.  Tambah air lagi jika terlalu pekat.  Masak sehingga mendidih.

7.    Masukkan garam dan perasa secukupnya.


Untuk Hiasan

1.  Celur mee kuning, sawi dan taugeh.  Jangan terlalu lama nanti lembik dan kembang.  Asingkan dalam bekas yang berasingan.

2.  Telur rebus dipotong dua.

3.  Potong limau kasturi, daun sup dan daun bawang. Letakkan dalam bekas

4.  Tauhu yang digoreng dipotong empat dan diletakkan dalam bekas.

5.  Bawang goreng di letakkan di dalam bekas.

Kuah Mee Rebus

Mee Kuning yang telah dicelur







Nasi Arab Kabsah Ayam

  Hari ni nak kongsi nasi arab kabsah ayam yang saya sudah cuba beberapa kali.   Sebelum saya mencuba untuk membuatnya, terlebih dahulu saya...