paparan

Jumaat, 16 Julai 2021

Mee Rebus

Kali ni saya nak kongsi resepi Mee Rebus yang telah saya buat berkali-kali.   Saya suka sebab kuahnya yang pekat dan rasanya yang agak manis kerana mengandungi ubi keledek.

Bahan Untuk Kuah

300 g daging lembu dan 300 g tulang lembu (jika  tiada tulang pun boleh je tapi lebihkan daging lembu) - 

Udang kering - direndam dalam 10 minit supaya lembut.

Bawang besar 2 biji

Bawang putih - 6 ulas

Halia 2 cm

Lengkuas 2 cm

Serbuk kari daging - 3 sudu

Cili kering yang telah dikisar - 3 sudu

500 - 700g keledek kuning - direbus hingga empuk

Serai 2 batang diketuk

Air - 4 gelas (terpulang mengikut kuantiti daging

Minyak masak secukupnya untuk tumisan.

Garam dan perisa secukup rasa.


Untuk Hiasan

Mee Kuning 1 bungkus

Sayur sawi - dicelur

Tauge - 3 genggam

Tahu - 4 keping (Digoreng dan dipotong dadu

Telur ayam (direbus)

Limau kasturi

Daun bawang + daun sup

Bawang goreng


Caranya

1.  Daging dipotong besar-besar supaya mudah dihiris nanti. Rebus sehingga empuk Tos dan simpan air rebusan daging dan tulang,  Apabila telah empuk dagingnya dihiris nipis-nipis.

2.  Keledek yang  telah empuk dibuang kulitnya dan dikisar sehingga halus dan lembut dengan udang kering/  Asingkan.

3.   Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dikisar halus. Asingkan.

4.   Panaskan minyak dalam bekas yang besar sebab nak buah kuah mee.   Masukkan bahan yang dikisar bawang merah,  bawang putih, halia dan lengkuas sehingga naik baunya.

5.   Masukkan serai dan seterusnya masukkan cili kisar dan serbuk kari.  Gaul sehingga rata.  

6.   Masukkan daging dan tulang bersama air rebusan.  Kacau sehingga rata.  Jika airnya sedikit tambah lagi sehingga air sehingga menutupi daging dan tulang.  Tambah air lagi jika terlalu pekat.  Masak sehingga mendidih.

7.    Masukkan garam dan perasa secukupnya.


Untuk Hiasan

1.  Celur mee kuning, sawi dan taugeh.  Jangan terlalu lama nanti lembik dan kembang.  Asingkan dalam bekas yang berasingan.

2.  Telur rebus dipotong dua.

3.  Potong limau kasturi, daun sup dan daun bawang. Letakkan dalam bekas

4.  Tauhu yang digoreng dipotong empat dan diletakkan dalam bekas.

5.  Bawang goreng di letakkan di dalam bekas.

Kuah Mee Rebus

Mee Kuning yang telah dicelur







Isnin, 12 Julai 2021

Ikan Panggang Ala Portugis

Biasanya jika nak panggang ikan, selalu lumur ikan dengan kunyit dan garam sahaja.   Kadang-kala letak cili kisar yang sedia ada untuk menambahkan perisa.  Tetapi kali ini saya nak tunjukkan satu lagi cara menggunakan paste supaya rasanya lebih sedap.

Bahan Untuk dikisar

Bawang Besar 1 biji (jika ikan banyak tambahkan bawang ikut kuantiti ikan)

Bawang putih 4 ulas(ikut kuantiti jika ikan banyak)

Halia - 2 cm

Serai 2 batang

Daun kesum 4 - 5 helai

Cili yang telah dikisar dengan bawang besar (sedia ada dalam simpanan)

Caranya

Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.

Masukkan daun kunyit yand disimpul, garam, gula melaka dan air asam jawa.

Kacau sehingga separuh kering dan seperti pes tom yam yang dibeli dalam botol. Jika nak letak sedikit perisa terpulang kepada yang suka.

Setelah itu simpan dalam mangkuk untuk disejukkan.

Untuk Bakar Ikan

Daun pisang yang dilayur di atas api

Garam dan serbuk kunyit

Caranya

Lumur sedikit garam dan kunyit pada ikan.

Letakkan ikan di atas daun pisang

Ambil sedikit pes ikan bakar dan lumur pada ikan.  Masukkan sedikit pes dalam perut ikan.

Jika ada suka masukkan sayur bendi pun boleh, tetapi tambahkan lagi pes itu supaya sayur bendi cepat masak dan berkuah sedikit.

Gulung kemas.   Jika suka boleh balut dengan aluminium coil.

Saya bakar dalam kuali yang diletakkan sedikit minyak supaya tidak hangus daun pisang.


pes ikan bakar yang telah dimasak

Lebihan  pes ikan yang telah digunakan

Bakar ikan dalam kuali

Ikan panggang yang telah dimasak








Nasi Arab Kabsah Ayam

  Hari ni nak kongsi nasi arab kabsah ayam yang saya sudah cuba beberapa kali.   Sebelum saya mencuba untuk membuatnya, terlebih dahulu saya...