paparan

Isnin, 8 November 2021

Nasi Arab Kabsah Ayam

 Hari ni nak kongsi nasi arab kabsah ayam yang saya sudah cuba beberapa kali.   Sebelum saya mencuba untuk membuatnya, terlebih dahulu saya survey dalam youtube, google mana2 resepi nasi arab kabsah ayam yang lain. Setelah puas saya google resepi nasi arab kabsah ayam, akhirnya saya mengambil satu resepi yang saya suka dan saya ubah suai agar mengikut kehendak selera saya.  Ini saya buat untuk makan 8 - 10 orang.

Bahan yang diperlukan

8 pot beras basmati.  Rendam dalam 5 - 10 minit dan toskan.

1 ekor ayam potong 12 atau 16 ikut suka (cari ayam yang bersaiz besar jika keluarga ramai) - dibasuh dan ditoskan.

3 sudu minyak sapi campur 2 sudu butter atau marjerin - minyak sapi untuk menaikkan aroma masakan

1 biji bawang holland - potong dadu

4 - 6 ulas bawang putih - ditumbuk

1 inci halia - ditumbuk

tomato puri - 1 tin 

2  biji buah tomato - potong dadu

daun ketumbar

kiub pati ayam - 1 biji.  Nak lebih terpulang pada anda.

garam

serbuk perasa (saya gunakan jenama Pasti Sedap)

Rempah ratus

Rempah Kabsah 4 sudu makan, lebih pun ok lagi sedap.  (kebetulan saya ada baki stok rempah kabsah jenama sm food, maka saya guna jenama ini, takut pulak nanti expired langsung tak boleh guna.

1 sudu makan serbuk paprika.  Jika suka pedas sikit lebihkan jadi 2 sudu.

1 sudu serbuk kunyit

1 sudu makan jintan manis

1 batang kulit kayu manis dalam 3 inci

buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih 3 - 4 biji.


Cara Membuatnya

  • Panaskan minyak sapi dan butter/majerin ke dalam kuali besar. Masukkan bawang holand yang dipotong.  Kacau sehingga naik baunya.   Kemudian masukkan kulit kayu manis, jintan manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga dan kacau sehingga rata.
  • Masukkan rempah kabsah, serbuk kunyit, serbuk paprika ke dalam kuali.  Kacau sehingga rata.  Masukkan segelas air supaya tidak hangit.
  • Masukkan ayam yang telah dipotong.  Gaul sehingga rata rempah dengan daging ayam.   Masukkan halia dan bawang putih yang ditumbuh.  
  • Masukkan tomato puri dan gaul sehingga rata.   Tambah lagi 2 gelas air kosong dan kacau lagi sehingga mesra menggelegak.
  • Masukkan tomato yang dipotong dadu, kiub pati ayam,   Apabila menggelegak masukkan garam dan serbuk perasa.  
  • Apabila cukup masak ayam tersebut dan rasa yang secukupnya, angkat daging ayam dan asingkan. 
  • Ambil periuk nasi dan masukkan beras basmati yang telah dibasuh.   Saya gunakan rice cooker dan noxxa sebab tidak pandai nak adjust kuah rempah kabsah yang dimasak tadi.😅😅
  • Masukkan air rempah yang dimasak tadi ke dalam periuk nasi.  biarkan air rempahan itu menutupi beras setinggi 5 cm.
  • Letakkan daging ayam di atas beras yang ditutupi air rempah.  Masuk daun ketumbar yang dikerat kasar untuk menghasilkan nasi yang wangi.   Masak seperti nasi biasa.


Panaskan minyak sapi dan mentega dlm kuali. Bila sudah panas masukkan bawang hollan yg dipotong dadu.

































Nasi Arab Kabsah Ayam

  Hari ni nak kongsi nasi arab kabsah ayam yang saya sudah cuba beberapa kali.   Sebelum saya mencuba untuk membuatnya, terlebih dahulu saya...